 |
| Pedagang Muslim Secara signifikan, Islam telah memberikan pandangan hidup (way of life) baru bagi penduduk Asia Tenggara. Dapat dikatakan demikian, karena penduduk yang pada mulanya tidak mempunyai embel-embel agama, sejak datangnya Islam, mereka kemudian mempunyai agama dan berketuhanan. Salah satu keunikan Islam di Asia Tenggara adalah ketika Islam datang di Asia Tenggara tidak serta merta menghilangkan budaya atau lokalitas penduduk. Islam justru menjadi bingkai dan turut mewarnai jalannya tradisi penduduk. Baca selengkapnya di artikel "Islam di Asia Tenggara Pra-Kolonial", |
TEORI KEDATANGAN GOLONGAN ʿALAWIYYĪN DI NUSANTARA: SUATU
ANALISIS AWAL
Teori Ketibaan ʿAlawiyyīn di Kepulauan Melayu: Analisis AwalTeori Ketibaan ʿAlawiyyīn di Kepulauan Melayu: Analisis Awal
Terdapat pelbagai teori tentang kedatangan Islam di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah teori kedatangan Islam melalui kumpulan 'Alawiyyīn, yang berdasarkan keturunan 'Alī Ibn Abī Ṫālib. Teori ini menimbulkan persepsi bahawa terdapat satu lagi gerakan yang mendahului gerakan Ahli Sunah Waljamaah di Kepulauan Melayu. Perkara ini perlu dijelaskan secara menyeluruh bagi mengelakkan kekeliruan dalam menanggapi aliran pemikiran yang dianut dan disebarkan oleh keturunan Ahl al-Bayt di seluruh dunia Islam. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis teori kedatangan golongan ʿAlawiyyīn dengan mengemukakan hujah sama ada dari sudut sejarah atau riwayat yang berkaitan. Melalui kaedah dokumentasi dalam kaedah pengumpulan data, kajian ini merujuk kepada beberapa karya yang berkaitan dengan sejarah kedatangan Islam di kepulauan Melayu dan hubungannya dengan Ahl al-Bayt. Kajian mendapati bahawa keturunan Ahl al-Bayt atau 'Alawiyyīn yang menyebarkan Islam di kepulauan Melayu berpegang teguh pada Ahl Sunnah
Kepercayaan Waljamaah terhadap akidah Ashaʿirah dan mazhab Shāfiʿī.
Kata kunci: Teori Kedatangan; ʿAlawiyyīn; Ahl al-Bayt; Kepulauan Melayu; Ahl al-Sunnah wa al-Jamāʿah.
Waljamaah terhadap akidah Ashaʿirah dan mazhab Shāfiʿī.
Kata kunci: Teori Ketibaan; ʿAlawiyyīn; Ahl al-Bayt; Kepulauan Melayu; Ahl al-Sunnah wa al-Jamāʿah.
PENDAHULUAN
Mazhab umat Islam di Nusantara adalah berpegang dengan Ahli
Sunah Waljamaah menurut kefahaman Mazhab Shāfiʿī dalam
fiqah dan Mazhab Ashaʿirah-Māturīdiyyah dalam akidah. Pegangan ini telah
dianuti oleh bangsa Melayu sejak turun temurun. Kenyataan ini berasaskan
realiti yang berlaku sekurang-kurangnya bermula pada abad ke-17 Masihi. Ketika
zaman keagungan Acheh, aliran ʿIlm al-Kalām dalam pengajian akidah berdasarkan
fahaman Ashaʿirah mahupun Māturīdiyyah berkembang dengan begitu pesat. Antara
tokoh yang mempeloporinya termasuklah Bukhāri al-Jawhāri pengarang kitab Tāj al-Salāṭin
yang membahaskan tentang mengenal diri dan Tuhan sebagaimana yang terkandung
dalam ajaran Imam al-Ghazali.1 Kitab ini bukan sahaja dianggap sebagai kitab
pertama yang menonjolkan fahaman Ashaʿirah menurut tafsiran Imam al-Ghazali
bahkan mungkin merupakan kitab pertama dalam Bahasa Melayu yang diketahui nama
penyusunnya.
Selain itu, terdapat dua orang ulama besar yang membahaskan
persoalan akidah di Alam Melayu, iaitu Nūr al-Dīn al-Rānirī (1658) dan ʿAbd al-Ra'ūf Fanṣūri (1620-1693). Mengenai Nūr al-Dīn,
beliau membincangkan fahaman Māturīdiyyah yang bermazhab Ḥanafī dengan
menterjemahkan kitab Sharḥ al-ʿAqā'id al-Nasafiyyah oleh Saʿd
al-Dīn al-Taftāzānī dan diberi judul Durrah al-Farā'id bi Sharḥ al-ʿAqā'id.2 Pengaruh
ajaran Māturīdiyyah juga dapat dilihat dalam karya Nūr al-Dīn al-Rānirī yang
berjudul Hidāyah al-Imām yang membincangkan masalah
1 Bukhari al-Jauhari, Taj Us-Salatin, ed. Khalid Hussain
(Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1966). 28-34.
2 Lihat perbahasannya dalam Syed Muhammad Naquib al-Attas, The
Oldest Known Malay Manuscript: A Century of the 'Aqaid of Al-Nasafi, (Kuala
Lumpur: Jabatan Penerbitan, Universiti Malaya, 1988).
Teori Kedatangan Golongan ʿAlawiyyīn di Nusantara: Suatu
Analisis Awalzat, sifat dan perbuatan Allah SWT serta kebenaran rasul dan
rukun Islam yang lima.3 Manakala ʿAbd al-Ra'ūf Fanṣūri yang
juga dikenali dengan nama ʿAbd al-Ra'ūf Singkil
mengupas ilmu akidah yang terkandung dalam kitab tasawufnya berjudul ʿUmdah al-Muhtājīn
yang dianggap sebagai ulama pertama mengajarkan Sifat Dua Puluh. Beliau
mengupas sifat wajib, mustahil dan harus bagi Allah SWT.4
Pada abad ke-18, Muhammad Zayn Faqih Jalal al-Din al-Ashi
telah menterjemahkan serta mengubahsuai kitab yang bertajuk Umm al-Barāhīn oleh
al-Sanusi yang membahas tentang ajaran Sifat Dua Puluh kemudiannya diberi tajuk
Bidāyah al-Hidāyah.5 Selepas itu muncul beberapa buah kitab tentang akidah yang
berasaskan kitab Umm al-Barāhīn tersebut seperti Zuhrah al-Murīd fi Bayān
Kalimah al-Tawhīd oleh ʿAbd al-Samad al-Falimbani6 dan Zarīʿah
al-Yaqīn oleh Nawawi al-Bantani.7 Pada abad ke-19, kitab-kitab akidah yang
membahaskan tentang ajaran Sifat Dua Puluh semakin bertambah. Antara yang
penting termasuklah Ini Kitab Sifat Dua Puluh oleh Sayyid Uthman bin Yahya
al-Betawi.8 Begitu juga kitab bertajuk Sirāj al-Huda susunan Muhammad Zayn
al-Din bin Muhammad Badawi al-Sambawi dan kitab ʿAqīdah al-Nājīn karangan Zayn
al-Abidin Muhammad al-Fatani.9
Pada abad ke-20, lahir seorang alim yang produktif dalam
bidang penulisan iaitu Shaykh Daud bin Abd Allah al-Fatani. Antara kitab-kitab
beliau yang terkenal termasuklah al-Durr al-Thamīn dan Sifat Dua
3 Mohd Nor Ngah, Kitab Jawi: Islamic Thought of the Malay
Scholars, (Singapore: Institute of Southeast Studies, 1983), 5.
4 Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali, "Asal-Usul, Pengaruh
dan Kesan Aliran al-Ash'ari dan Asya'irah di Malaysia dan Kepulauan
Melayu", dalam Malaysia Dari Segi Sejarah, (Kuala Lumpur: Persatuan
Sejarah Malaysia, 1994), 84-106.
5 Lihat Muhammad Zayn Faqih Jalal al-Din al-Ashi, Bidayah
al-Hidayah (Pulau Pinang: Maktabah wa Matba'a al-Ma'arif, t.t).
6 Lihat Wan Muhd Shaghir Abdullah, Syeikh Abdus Samad
al-Falimbani Sufi Yang Syahid fi Sab (Kalimantan: Yayasan al-Fatanah, 1982).
7 Snouck Hurgronje, Mekka in the Letter Part of The 19th
Century, (Leiden: E.J. Brill, 1970), 268-272.
8 Lihat Uthman bin Yabya al-Betawi, Ini Kitab Sifat Dua Puluh,
(Pulau Pinang: Dar al-Ma'arif, t.t).
9 Omar Awang, "The Umm al-Barahin of al-Sanusi", Jurnal
Nusantara, bil. 2 (Julai 1972), 157-168.
Journal of Ifta and Islamic Heritage Vol. 2 No. 2 (2023)
60-84
63
Puluh. Di Kelantan terdapat tokoh yang terkenal dengan
gelaran Tuan Tabal turut membahaskan masalah Sifat Dua Puluh dalam kitabnya
yang bertajuk Kifāyah al-ʿAwam. Di Kedah pula terdapat seorang ulama daripada
keturunan Muhammad Arshad al-Banjari iaitu Muhammad Tayb bin Masʿud al-Banjari yang membahaskan ajaran Sifat Dua Puluh dalam
kitabnya bertajuk Miftāḥ al-Jannah.10
Berdasarkan fakta-fakta ini jelas menunjukkan betapa umat
Melayu Islam di Tanah Melayu telah turun temurun menganut fahaman Ahli Sunah
Waljamaah berteraskan Ashaʿirah atau Māturīdiyyah dalam berakidah. Aliran ini
jelas terbukti menjadi anutan yang sangat kukuh dan konsisten dalam masyarakat
Melayu Islam sejak zaman berzaman. Oleh itu, apabila terdapat teori yang
mengatakan wujud aliran lain yang mendahului aliran Ahli Sunah Waljamaah dalam
masyarakat Melayu di Nusantara, ia perlu dibuktikan secara tuntas kerana
realiti semasa adalah menyalahi dengan teori yang dikemukakan.
Oleh hal yang demikian, penulis akan meneliti kembali sejarah
kedatangan Islam ke Nusantara secara umumnya dan ke Malaysia secara khususnya.
Hal ini amat penting bagi mengenalpasti daripada arah manakah sumber agama
Islam yang sampai ke Alam Melayu. Kemudian penulis akan mengkaji aliran terawal
yang mula-mula dianut oleh masyarakat Islam di Malaysia berdasarkan fakta dan
bukti sejarah.
TEORI KEDATANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Berdasarkan penelitian sejarah, kedatangan Islam ke Tanah
Melayu jauh lebih awal daripada apa yang dicadangkan oleh ahli-ahli sejarah
Barat. Terdapat penemuan batu nisan di Teluk Cik Munah, Pekan, Pahang yang
bertarikh pada 14 Rabiʿ al-Awwal 419H/1028M,
menunjukkan bahawa Islam telah pun tersebar di situ seawal abad ke-11 Masihi. Begitu juga Nik Abdul Aziz Nik Hassan, Islam di Kelantan (Kuala
Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 1983), 22-25.
Lihat perbincangan tentang penemuan ini oleh Mohd Mokhtar
bin Shafii, "Batu Nesan Kurun ke-5H/10M di Pekan Pahang", dalam Tamadun
Islam di Malaysia, ed. Khoo, Kay Kim, Fadzil Othman, Abdullah Zakaria Ghazali,
Amat Adam, Nik Abdul Aziz Nik Hassan, Jazamuddin Baharuddin, Khozimi (Kuala
Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 1980), 13-28.
Teori Kedatangan Golongan ʿAlawiyyīn di Nusantara: Suatu
Analisis Awal
penemuan batu nisan milik Shaykh ʿAbd
al-Qadir bin Husayn Shah Alirah bertarikh 29011/902M di Tanjung Inggeris, Alor
Setar, Kedah menunjukkan bahawa Islam telah diperkenalkan di kawasan tersebut
pada abad ke-10.12 Penemuan dinar emas di Kelantan bertarikh 57711/1181M pula
menunjukkan bahawa Islam telah diamalkan dan berpengaruh di negeri tersebut
menjelang abad ke-12 Masihi.13
Semua bukti ini menunjukkan pendapat sarjana Barat seperti B.
Schrieke dan disokong oleh beberapa orientalis lain yang mendakwa proses
pengislaman di Alam Melayu hanya berlaku menjelang abad ke-16 Masihi adalah
suatu hujah yang lemah dan tidak boleh dipertahankan. Malahan pendapat ini cuba
mengaitkan faktor pemesatan penyebaran Islam di Alam Melayu berpunca daripada
persaingan antara pedagang Islam dengan orang Portugis yang berjaya menakluki
Melaka pada tahun 1511.14 Namun begitu, bukti menunjukkan proses pengislaman
telah berlaku jauh lebih awal dari abad tersebut. Bahkan Islam kemudiannya
telah berjaya memainkan peranan penting mencorakkan perjalanan sejarah dan
pembentukan peradaban masyarakat Melayu walaupun terpaksa menghadapi pelbagai
cabaran.
Oleh kerana terdapat banyak perbezaan mengenai penentuan
tarikh kemasukan Islam ke Alam Melayu, maka dapat diandaikan bahawa proses
kemasukan Islam berlaku daripada pelbagai pihak. Hasil daripada penelitian para
pengkaji sejarah, disimpulkan sekurang- kurangnya terdapat tiga teori utama
asal-usul para pendakwah dan mubaligh yang membawa Islam ke Alam Melayu.
Pertama, teori yang mengatakan bahawa para pendakwah itu berasal dari negara
Arab;
12 Abdullah Hj Ishak, "Kedah Dahului Melaka Terima
Islam", Al-Islam, jld. 15, no. 10, 1988, 28-30.
13 Sa'ad Shukri, Hj. Muda, Detik-detik Sejarah Kelantan,
(Kota Bharu: Pustaka Aman, 1971), 28; Wan Hussien Azmi, "Islam di
Malaysia: Kedatangan dan Perkembangan (Abad 7-10M)" dalam Tamadun Islam di
Malaysia, ed. Khoo, Kay Kim, Fadzil Othman, Abdullah Zakaria Ghazali, Amat
Adam, Nik Abdul Aziz Nik Hassan, Jazamuddin Baharuddin, Khozimi (Kuala Lumpur:
Persatuan Sejarah Malaysia, 1980), 135.
14 B. Schricke, Indonesian Sociological Studies, (The Hague
and Bandung: W. Van Hoeve Ltd., 1957), 231-237; Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam
Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu (Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam
Malaysia, 1990), 17-18.
kedua, pendapat yang mengatakan mereka datang dari India dan
ketiga, pendapat yang mengatakan mereka berasal dari negara China atau
Indo-China. Ini merupakan tiga teori popular yang sering dibincangkan oleh para
pengkaji sejarah.
Namun demikian, pendapat yang kuat adalah Islam sampai ke
Nusantara menerusi orang Arab. Menurut A. Hasymi, terdapat fakta dan bukti yang
jelas bahawa orang Arab merupakan perintis kepada proses islamisasi di
Nusantara pada peringkat awal sebelum kedatangan mubaligh-mubaligh India.
Saudagar-saudagar Arab ini telah pun sampai di Alam Melayu sejak sebelum
kedatangan Islam lagi. Mereka datang melalui jalan laut dan jalan darat.15 Hujah
ini juga disokong oleh Hamka dan Arnold dengan menyatakan bahawa semenjak awal
abad pertama hijrah lagi orang-orang Arab telah datang ke Alam Melayu melalui
jalan tersebut.16
Begitu juga teori kedatangan Islam dari China. Ia juga adalah
hasil peranan orang Arab. T. W. Arnold dalam bukunya "The Preaching of
Islam" menyatakan kemungkinan Islam datang ke Kepulauan Nusantara pada
permulaan abad hijrah. Ini kerana, pada tahun 674 Masihi terdapat seorang
pemimpin Arab datang ke negeri China dan beliau mempunyai pengikut-pengikutnya
di Pantai Barat Sumatera.17
Menurut Hamka, pengislaman masyarakat di Alam Melayu
dilakukan oleh seorang syeikh atau wali Allah dari Arab, alasannya ialah
orang-orang Arab telah pun mengadakan hubungan perdagangan dengan India dan
Mesir sejak abad pertama hijrah lagi, di samping mengadakan hubungan dengan
Nanhai (Asia Tenggara) sehingga abad ke-9. Maksudnya, mereka menguasai jalan
perdagangan laut antara Mesir, India, Asia Tenggara dan China serta mendirikan
penempatan-
15 A. Hasjmy, Sedjarah Masuk dan Berkembangnya Islam di
Indonesia (Acheh Pt. Al-Maarif Penerbit Percetakan Offset, 1981), 176.
16 Hamka, "Pengaruh Islam Dalam Sastera Melayu",
dalam Islam dan Kebudayaan Melayu (Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan Malaysia, 1977), 420; Arnold, Thomas Walker, The Preaching of Islam:
A History of The Propogation of Muslim Faith, (Pakistan: Sh. Muhd Ashraf
Kashmiri Bazar Lahore, 1979), 367.
17 Ibid.
Teori Kedatangan Golongan ʿAlawiyyīn di Nusantara: Suatu
Analisis Awal
66
penempatan di kawasan pantai Nusantara sejak abad pertama
hijrah lagi.18
Hubungan perdagangan bangsa Arab dan Parsi dengan daerah
Nusantara juga dikatakan sudah pun berlaku sejak sebelum kelahiran Islam lagi.19
Sesungguhnya pusat perniagaan di Zafar al-Hamud20 yang terletak di selatan
Semenanjung Tanah Arab merupakan tempat persinggahan perdagangan sama ada
melalui jalan darat mahupun jalan laut. Oleh kerana keperluan yang tinggi bagi
mendapatkan barang-barang dagangan yang hanya terletak di Nusantara seperti lada
hitam, rempah, bunga cengkih, kemenyan, kapur barus dan buah pala yang
diperlukan di Asia Barat dan Mediterranean, pedagang-pedagang tersebut telah
terdorong untuk datang ke Nusantara.21
Daripada kenyataan di atas dapatlah ditegaskan bahawa
seolah-olah terdapat kesepakatan dalam kalangan para sarjana Islam mengenai
berlakunya hubungan di antara pedagang-pedagang Asia Barat dengan Nusantara
sejak sebelum kemunculan Islam lagi. Motif perhubungan antara mereka ketika itu
adalah semata-mata mengenai perdagangan. Hubungan antara mereka dikatakan
berlaku sejak sebelum abad kelima Masihi lagi dan berkekalan sehingga kelahiran
Islam pada kurun ketujuh Masihi.22
Kedatangan Islam ke Nusantara selain daripada yang berlaku
pada zaman Rasulullah SAW, juga dikatakan berlaku pada zaman Khulafa'
al-Rasyidin, khususnya pada zaman Khalifah ʿUmar
al-Khattab (634-644M). Pada zaman pemerintahan beliau, kekuasaan Islam telah
18 Hamka, Sejarah Umat Islam, (Singapura: Pustaka Nasional,
1997), 670 & 677.
19 Hamdan Hassan, "Pertalian Pemikiran Islam
Malaysia-Aceh, dalam dalam Tamadun Islam di Malaysia, ed. Khoo, Kay Kim, Fadzil
Othman, Abdullah Zakaria Ghazali, Amat Adam, Nik Abdul Aziz Nik Hassan,
Jazamuddin Baharuddin, Khozimi (Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia,
1980), 71.
20 Muḥammad Ibn ʿAbd Allāh al-Lawātī
al-Ṭanjī Ibn Baṭṭūṭah, Tuḥfat al-nuẓẓār fī gharāʾib al-amṣār wa-ʻajāʾib al-asfār
(Riḥlat Ibn Baṭūṭah), (Beirut: Muassasah Risalah, 1405H), 1: 285.
21 Dada Meuraxa, Sejarah Masuknya Islam ke Bandar Barus
Sumatera Utara, (Medan: Penerbit Sasterawan, 1973), 48.
22 Tibbetts, Gerald Randall. "Early Muslim traders in
south-east Asia." Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic
Society 30, no. 1 (177 (1957): 1 45.
Journal of Ifta and Islamic Heritage Vol. 2 No. 2 (2023)
60-84-65
pun sampai ke Rom dan Parsi. Menurut sejarah, terdapat ramai
dalam kalangan orang-orang Parsi memeluk Islam. Begitu juga dengan keturunan
Parsi yang berada di Perlak dan Pasai. Keadaan yang sama juga berlaku di China.
Menurut catatan China, penerimaan Islam oleh pedagang-pedagang Arab yang
bermastautin di China telah berlaku apabila diketahui bahawa seluruh
Semenanjung Tanah Arab telah memeluk Islam. Tindakan ini berlaku menjelang
kewafatan Rasulullah SAW dan pada zaman awal pemerintahan Khalifah Abu Bakr al-Siddiq
(632-634M). Penerimaan Islam oleh orang-orang Arab tersebut kemungkinan besar
telah mempengaruhi orang-orang China untuk memeluk Islam. Berdasarkan kepada
beberapa fakta di atas, tidak dinafikan bahawa Islam telah diterima di
Nusantara sejak zaman Rasulullah SAW dan zaman Khulafa' al-Rasyidin lagi.23
Manakala pada zaman Kerajaan Bani Umayyah (661-750M) dan Bani
Abbasiyyah (750-1258M), bukti-bukti yang lebih jelas tentang kedatangan Islam
ke Nusantara telah pun menjadi kenyataan. Seperti yang dinyatakan oleh Arnold,
pada tahun 674 Masihi telah wujud penempatan orang-orang Arab Islam di pantai
barat Sumatera.24 Hall pula berpendapat kedatangan Islam ke daerah tersebut
lebih awal daripada yang dicadangkan oleh Arnold.25 Begitu juga terdapat
penempatan orang-orang Arab Islam yang digelar "Ta-Shih" di Jawa pada
sekitar tahun tersebut.26 Tarikh tersebut adalah berlaku pada zaman kerajaan
Bani Umayyah yang pada ketika itu diperintah oleh pengasasnya Muʿawiyah Ibn Abu Sufyan (661-680M).
J. C. Van Leur menyatakan bahawa rombongan sahabat Nabi yang
diketuai oleh Wahab Ibn Abi Qabāḥah telah mengunjungi Riau pada tahun 627
Masihi selama lima tahun dan wujud perkampungan Arab di Sumatera Timur pada
tahun 674 Masihi.27 Pendapat ini telah Arnold, Thomas Walker, The Preaching of Islam, .
25 Daniel George Edward Hall, A History of South-East Asia (New
York: St Martin's Press, 1968), .
26 Tibbetts, Gerald Randall. "Early Muslim traders in
south-east Asia." Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic
Society 30, no. 1 (177 (1957): 1-45.
27 J. C. Van Leur, Indonesia Trade and Society (Bandung: W.
Van Hoeve, 1955), 18.
Teori Kedatangan Golongan ʿAlawiyyīn di Nusantara: Suatu
Analisis Awal
68
disokong oleh John Crawford28 yang menyatakan tarikh
kedatangan Islam ke Nusantara sejak abad ke-7 Masihi dibawa oleh
pedagang-pedagang Arab. Teori ini disokong dengan hujah telah wujud penempatan
orang-orang Islam Arab di Sumatera Timur (San-Fu-Chi) - Sriwijaya Palembang
dalam tahun 674 Masihi.29
Selain itu, terdapat catatan yang melaporkan bahawa Muʿawiyah pernah berusaha memonopoli perdagangan rempah supaya
bekalannya tidak bergantung semata-mata kepada Dinasti Tang.30 Muʿawiyah juga dilaporkan pernah menghantar utusan kepada Raja
Sriwijaya, Lokitararman supaya memeluk Islam di samping membuat hubungan
dagangan dengan Damsyik. Usaha dakwah Islamiyah di Nusantara dikatakan lebih
berjaya pada zaman Khalifah ʿUmar Ibn ʿAbd
al-Aziz (717-720M).31
Pada zaman beliau, Islam telah tersebar dengan meluasnya ke
Mesir, Syam, Parsi dan Sind. Di Nusantara pula Raja Sriwijaya di Jambi, iaitu
Sindravarman telah memeluk Islam pada tahun 718 Masihi. Kemudian pada tahun 726
Masihi, Raja Jay Sima, iaitu Putera Ratu Sima bagi Kerajaan Kalinga, Jawa Timur
turut memeluk Islam. Kegiatan dakwah bukan sahaja dilakukan oleh pihak kerajaan
Bani Umayyah, bahkan usaha ini telah dijalankan oleh pihak persendirian.32
Dalam hal ini, Syed Muhammad Naquib al-Attas yang merupakan
seorang penyokong kuat teori kedatangan Islam dari Arab, beliau bukan sahaja
melihat kepada faktor luaran (external), malah juga menekankan kepada faktor
dalaman (internal). Dari segi faktor dalaman, beliau melihat dari sudut bahasa
dan kesusasteraan. Kebanyakannya
28 John Crawford, History of the Indian Archipelago (United
States: Harvard University Press, 1967), 11: 104
29 Arnold, Thomas Walker, The Preaching of Islam, 368.
30 Abdullah Ishak, Islam di Nusantara (Kuala Lumpur Badan
Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia, al-Rahmaniah, 1990),.
31 Aḥmad al-Shalabī, Mausūʿah al-Tārīkh al-Islāmī wa al-Haḍārah
al-Islāmiyyah (Kaherah: Maktabah al-Nahḍah al-ʿArabiyyah,
1996), 4: 170.
32 Abdullah Ishak, Islam di Nusantara, 30.
Journal of Ifta and Islamic Heritage Vol. 2 No. 2 (2023)
60-84
69
merujuk kepada sumber-sumber tulisan lama Islam yang ditulis
oleh orang-orang yang berasal dari Arab atau Parsi.33
Selain itu, kefahaman tentang agama Islam banyak dipengaruhi
dari Timur Tengah. Contohnya, tulisan jawi dan huruf-hurufnya, cara bacaan
al-Quran, penjelasan akidah dan sebagainya. Tiada langsung yang dikatakan hasil
rujukan dan bacaannya dipengaruhi dari India. Beliau juga menegaskan bahawa
teori umum berkaitan dengan proses ini memperlihatkan perubahan konsep-konsep
dan sejarah Islam Melayu Indonesia telah membuktikan ia datang daripada sumber
asalnya iaitu Arab. Contohnya, manuskrip manuskrip yang ditulis dalam bahasa
Arab, syariah, metafizik, falsafah, semuanya dari bahasa Arab dan Parsi.34
Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas adalah amat jelas
bahawa kefahaman Islam yang dibawa oleh mereka itu berbentuk Asia Barat, bukan
India. Tambahan pula kandungan dan cara penghuraian akidah, pelbagai mazhab
tasawuf, peri bentuk tulisan Jawi serta corak beberapa hurufnya, nama gelaran
bagi hari-hari, mingguan, cara melafazkan al-Quran dan beberapa perkara penting
lainnya, menjelaskan ciri-ciri tegas bangsa Arab, bukan India, sebagai pembawa
dan penyebar asli agama Islam di Kepulauan Melayu-Indonesia.35
Dengan penerimaan idea ini dapatlah meyakinkan kita bahawa
kandungan ajaran Islam yang sampai kepada umat Islam di Malaysia adalah
daripada sumber yang asal iaitu sumber Arab yang menyampaikan Islam itu
daripada sumbernya yang asli. Jikalau Islam itu datangnya daripada sumber yang
bukan Arab maka ia akan terbuka kepada pelbagai tuduhan dan tohmahan terhadap
kesahihan dan keaslian pengajaran Islam itu sendiri, lantaran datangnya
daripada sumber sekunder yang mungkin telah dipengaruhi unsur-unsur tempatan.
Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam Dalam Sejarah dan
Kebudayaan Melayu (Kuala Lumpur Angkatan Belia Islam Malaysia,1990), 33-34.
Syed Muhammad Naquib al-Attas, Preliminary Statement on A
General Theory of the Islamication of the Malay-Indonesian Archipelago (Kuala
Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka, 1969), 1-2.
Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam Dalam Sejarah dan
Kebudayaan Melayu,.
Teori Kedatangan Golongan ʿAlawiyyīn di Nusantara: Suatu
Analisis Awal.
Sewaktu kedatangan Islam di Malaysia, sama ada dalam abad
ke-10 atau abad ke-14 Masihi ternyata jelas bahawa pemikiran Mazhab tertentu
telah menguasai kehidupan masyarakat di negara-negara Islam sejak abad ke-10
Masihi sama ada dalam bidang ilmu kalam, tasawuf dan lebih-lebih lagi dalam
bidang fiqah. Penerimaan mengikuti mazhab figh tertentu bagi masyarakat Islam
itu telah diterima oleh majoriti ulama sejak abad ke-10 Masihi berasaskan
persetujuan mereka bahawa pintu ijtihad tidak terbuka lagi dan setiap Muslim
dikehendaki mengikuti salah satu daripada mazhab yang empat iaitu Mālikī, Ḥanafī,
Shāfiʿī dan Ḥanbalī.36
Memandangkan pendakwah-pendakwah yang datang ke kawasan ini
pernah berada di negara-negara tempat mazhab fiqah tertentu bertapak, maka
sudah tentu mereka juga terpengaruh dan mengikuti aliran mazhab yang berkembang
di situ. Oleh itu, amat jelas bahawa para pendakwah yang datang adalah
beraliran Mazhab Shāfiʿī dalam bidang fiqah. Hal ini menunjukkan bahawa sama
ada mereka itu datang dari Arab, China mahupun India, mereka menganut aliran
Mazhab Shāfiʿī yang juga berasal usul dari Tanah Arab. Oleh hal yang demikian,
amat sukar untuk menafikan dakwah Islam yang sampai ke Nusantara atau Tanah
Melayu secara khususnya, sebagai bukan berasal daripada sumber yang asli iaitu
bangsa Arab.
Setelah melihat kepada beberapa pandangan ahli-ahli sejarah
Islam dan Barat yang mengemukakan pandangan masing-masing berdasarkan bukti
yang jelas, penulis merumuskan kedatangan Islam ke Alam Melayu adalah berasal
daripada para pedagang dan pendakwah Islam dari Semenanjung Tanah Arab. Ia
berlaku seawal kurun pertama hijrah atau kurun ke-7 Masihi. Hal ini dapat
dibuktikan secara kasarnya dengan melihat kepada pelbagai pengaruh luaran dan
dalaman di dalam masyarakat Melayu-Islam dalam pelbagai aspek seperti Mazhab,
bahasa, budaya, sastera, sejarah dan realiti semasa.
Pandangan Syed Muhammad Naquib al-Attas yang mengatakan
bahawa pendakwah-pendakwah itu datang dari satu tempat iaitu Asia
Ṣubḥi Rajab Maḥmaṣānī, Falsafah al-Tashrīʿ fī al-Islām (Beirut:
Dār al-ʿIlm li al-Malayin, 1961), 36.
Journal of Ifta and Islamic Heritage Vol. 2 No. 2 (2023)
60-84 -71
Barat, namun sebelum sampai ke Alam Melayu mereka terlebih
dahulu singgah di India, China atau tempat-tempat lain bagi tujuan perdagangan
dan penyebaran agama Islam adalah sangat relevan.37 Berdasarkan teori ini,
penulis akan rungkaikan pada subtopik seterusnya mengenai bentuk aliran Islam
yang mula-mula sampai ke Malaysia atau Tanah Melayu.
TEORI KEDATANGAN GOLONGAN ʿALAWIYYĪN DI NUSANTARA
Menurut Sayyid Alwi al-Haddad, sekelompok Arab berketurunan ʿAlawiyyīn telah melarikan diri ke Champa akibat kekejaman
tentera al-Ḥajjāj. Beliau menukilkan penjelasan al-Nuwayrī (w.733h) dalam
kitabnya, Nihāyah al-Arab fī Funūn al-‘Adab yang menyatakan di sebelah Timur
negeri China terdapat sekumpulan bangsa Arab yang merupakan para penyokong ʿAlī Ibn Abī Ṫālib dikenali sebagai ʿAlawiyyīn
mendiami Sila. Mereka datang ke Sila menerusi Champa.38 Al-Nuwayrī dalam karya
yang sama memaksudkan ʿAlawiyyīn sebagai keturunan ʿAlī Ibn Abī Ṫālib Ibn ʿAbd al-Muṫālib
yang terdiri daripada lima cabang iaitu; Banū al-Hasan Ibn ʿAlī,
Banū al-Ḥusayn Ibn ʿAlī, Banū Muḥammad Ibn al-Ḥanafiyyah,
Banū al-ʿAbbas al-Saqā’ Ibn ʿAlī dan Banū ʿUmar al-Aṫrāf Ibn ʿAlī.39
Walau bagaimanapun, fakta yang mendakwa bahawa al-Ḥajjāj dan
tenteranya telah melakukan kekejaman terhadap keturunan ʿAlawiyyīn atau Banī Hāshim
masih boleh dipertikaikan. Ini kerana fakta tersebut tidak tepat sepertimana
menurut Al-Dhazabī yang mengatakan:
“Maka adakah menjadi pendukung kepada keluarga Rasulullah SAW
orang yang memberikan kuasa kepada golongan kafir untuk membunuh dan menawan
mereka dan sekalian umat Islam (?), sedangkan mereka berdusta terhadap al-Ḥajjāj
dan selainnya kononnya
37 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam Dalam Sejarah dan
Kebudayaan Melayu, 32-33.
38 Alwi bin Tahir al-Haddad, Sejarah Masuknya Islam di Timur
Jauh, terj. S. Muhammad Dhiya Syahab (Jakarta: Penerbit Lantera, 1997), 40.
39 Aḥmad Ibn ʿAbd al-Wahhāb al-Nuwayrī,
Nihāyah al-Arab fī Funūn al-‘Adab (Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah,
2004), 2: 371.
Teori Kedatangan Golongan ʿAlawiyyīn di Nusantara: Suatu
Analisis Awal
72
dia (al-Ḥajjāj) telah membunuh golongan ashrāf (keturunan Banī
Hāshim), padahal al-Ḥajjāj tidak membunuh seorang pun Banī Hāshim walaupun
dengan kezaliman dan kekejamannya. Sesungguhnya (Khalifah) ʿAbd
al-Mālik telah melarangnya daripada (melakukan) sedemikian, namun yang dia
bunuh adalah orang daripada kalangan bangsawan Arab selain Banī Hāshim. Malah
dia (al-Ḥajjāj) telah mengahwini seorang wanita Banī Hāshim iaitu anak
perempuan ʿAbd Allah Ibn Jaʿfar...'
Al-Ṫabarānī pula telah meriwayatkan dengan sanad yang sahih
dan Ibn Maʿīn dalam al-Tārīkh dengan sanad yang hasan
bahawa al-Ḥajjāj telah berkata pada suatu hari:
“Sesiapa yang ditimpa bencana, maka bangunlah, kami hendak
memberikannya (bantuan) atas bencananya. Lalu seorang lelaki bernama Sinān
bangun dan berkata: Aku telah membunuh Ḥusayn. (Al-Ḥajjāj) berkata: Bagaimana
kamu membunuhnya? (Sinān berkata): Aku telah menusuknya dengan tombak, lalu
mencincangnya dengan pedang, tiada seorang pun yang bersama-sama denganku
membunuhnya. (Al-Ḥajjāj) berkata: Adapun kamu dan dia tidak akan berkumpul di
tempat yang sama (syurga)! (Al-Ḥajjāj) mengeluarkannya dan tidak memberikan
sesuatu pun kepadanya.”
Shams al-Dīn al-Dhahabī, al-Muntaqā min Minhāj al-Iʿtidaāl
fī Naqḍ Kalām Ahl al-Rafḍ wa al-Iʿtizāl, (Riyād: al-Ri’āsah
al-ʿĀmmah li Idārah al-Buḥūth al-Ilmiyyah
wa al-Iftā’ wa al-Daʿwah wa al-Irshād,
1993), 340.
Sulaymān Ibn Aḥmad al-Ṭabarānī, al-Muʿjam al-Kabīr (Māṣil:
Maktabah al-Ulūm wa al-Ḥikam, 1983), 3: 111; Abū Zakariyyā Yaḥyā Ibn Maʿīn, Tārīkh Ibn Maʿīn (Riwāyah al-Dūrī), (Makkah: Markaz
al-Baḥth al-ʿIlmī wa Ihyā’ al-Turāth al-Islamī, 1979), 3: 498.
Menurut al-Ṣallābī dalam kitab al-Dawlah al-Islāmiyyah:
“Sesungguhnya al-Ḥajjāj menghormati Ahl al-Bayt dan
memuliakan mereka…dan apa yang disebut dalam kitab-kitab sejarah tentang
keadaan al-Ḥajjāj yang melancarkan permusuhan terhadap Ahl al-Bayt tidak benar,
khususnya jika kita mengetahui bahawa layanan (Khalifah) ʿAbd al-Mālik terhadap
Ahl al-Bayt dan kesungguhannya untuk tidak mengganggu mereka daripada dekat
mahupun jauh selagimana mereka tidak cuba mendekati kerusi khilafah dan berusaha
untuk mencapainya.”
Menurut Ibn Kathīr, telah diriwayatkan mengenai al-Ḥajjāj
lafaz-lafaz kesat dan keji yang pada zahirnya kekufuran. Namun begitu, ada
kemungkinan beliau telah bertaubat dan menyesali perbuatannya, jika tidak maka
beliau kekal bertanggungjawab atas segala perbuatannya.
Oleh hal yang demikian, fakta yang mengatakan bahawa terdapat
golongan Banī Hāshim atau Ahl al-Bayt yang ditindas atau dizalimi terutamanya
pada zaman Bani Umayyah atau lebih khusus pada zaman al-Ḥajjāj tidak boleh
diterima secara mutlak. Terdapat banyak fakta yang jelas menunjukkan bahawa
golongan ʿAlawiyyīn atau keturunan Rasulullah SAW yang berdakwah ke luar Tanah
Arab itu berfahaman Ahli Sunah Waljamaah.
Al-Attas mengatakan istilah ʿAlawiyyīn pada zaman sejarah
Islam adalah merujuk kepada keturunan ʿAlī Ibn Abī Ṭālib
dan isterinya Fāṭimah. Pada zaman Banī Umayyah dan Banī ʿAbbāsiyyah,
ʿAlawiyyīn lebih merujuk kepada pengikut atau parti ʿAlī, iaitu golongan yang mendukung beliau selepas kewafatan
Nabi SAW. Ia hanya sebuah kumpulan politik sebelum kemudiannya didakwa oleh
puak Syiah sebagai asal ajaran mereka.ʿ
Alī Muḥammad al-Ṣallābī, al-Dawlah
al-Umawiyyah: ʿAwāmil al-Izdihār wa Tadāʿiyāt al-Inhiyār (Beirut: Dār al-Maʿrifah, 2008), 1: 680. Syed Muhammad Naquib al-Attas, Historical Fact and Fiction
(Johor Bahru: UTM Press, 2012), 13. Teori Kedatangan Golongan ʿAlawiyyīn di Nusantara: Suatu
Analisis Awal.
PERKAITAN GOLONGAN ʿALAWIYYĪN DENGAN ʿARAB ḤAḌRAMI
Teori tentang kedatangan para pendakwah berketurunan
Rasulullah SAW atau ʿAlawiyyīn ke Nusantara sangat
berkait rapat dengan golongan ʿArab Ḥaḍramī. Menurut
rekod sejarah, masyarakat ʿArab Ḥaḍramī merupakan
individu-individu penting yang berhijrah ke negara luar dalam usaha membawa
agama Islam seawal abad ke-7 Masihi seumpama ke Afrika Timur (Kenya, Somalia,
Tanzania), Hydrabad India, Kepulauan Indonesia dan kawasan berdekatan seperti
Tanah Melayu, Vietnam, Burma, Thailand dan Kemboja.44 Faktor migrasi dilakukan
adalah disebabkan perdagangan, menyebarkan dakwah Islam serta keadaan tidak kondusif
yang dialami di negara asal, antaranya keadaan demografi Hadramaut yang tidak
menyokong kelangsungan hidup masyarakatnya, keadaan cuaca yang tidak menentu
dan keadaan politik yang tidak stabil.
Sumber-sumber penulisan Arab kontemporari antara lain
menjelaskan bahawa melalui amalan perdagangan yang bergerak seiring dengan
proses Islamisasi, masyarakat Arab dari Hadramaut ini membawa jualan hasil bumi
seumpama ikan kering, batu permata, bahan besi yang berkualiti dan kulit
binatang untuk diperdagangkan di negara-negara terbabit.
Dari sudut istilah, gelaran ʿArab Ḥaḍramī
merujuk kepada masyarakat Arab yang menetap di Hadramaut, salah sebuah daerah
di negara Yaman. Daerah Hadramaut yang merupakan tempat asal masyarakat Arab
ini memiliki sejarah tamadun yang unggul. Ia berdasarkan kedudukan geografinya
yang terletak berhampiran dengan Laut Merah yang menjadi laluan penghubung
kapal-kapal perdagangan Noryati Abdul Samad, “The Hadhrami
Arabs in Southeast Asia: An Introduction” dalam The
Hadhrami Arabs in Southeast Asia.
With Special Reference to Singapore: An
Annotated Bibliography, (Singapore National Library Board, 2010), 8. Martin, Bradford G. "Arab migrations to East Africa
in medieval times." The International Journal of African Historical
Studies 7, no. 3 (1974): 367-390. Journal of Ifta and Islamic Heritage Vol. 2 No. 2 (2023)
60-
antara negeri-negeri di sebelah Timur dan Barat.
Antara
ciri utama bagi mengenal pasti kumpulan bangsa dan etnik ʿArab
Ḥaḍramī ini adalah menerusi keturunan mereka. Majoriti mereka berketurunan Sayyid Bāʿlawī,
iaitu kumpulan individu yang berasal daripada keturunan Rasulullah SAW daripada
sebelah Ḥusayn Ibn ʿAlī yang berperanan besar dalam
menyebarkan agama Islam di Kepulauan Nusantara.48 Keturunan ini adalah suku
bangsa terbesar yang menggabungkan pelbagai kelompok dan puak sepertimana kaum
Badwi di padang pasir. Mereka terdiri dalam kelompok kekeluargaan dan setiap
keluarga membawa namanya masing-masing, antaranya al- Attas, al-Saqqāf, al-Kāf
atau al-Junayd, al-Ḥaddād, al-Ḥabshī, al-ʿAydrūs, al-Jufrī,
al-Aidīd, al-Khirīd, al-Yaḥyā, al-Hinduwān dan lain-lain yang dikenali sebagai
keturunan Bāʿlawī.
Menurut sejarah, Sādah Āl Bāʿlawī merujuk
kepada datuk mereka iaitu al-Sharīf ʿAlawī Ibn ʿUbayd Allah Ibn Aḥmad al-Muhājir Ibn ʿĪsa
Ibn Muḥammad Ibn ʿAlī al-ʿUrayḍī
Ibn Jaʿfar al-Ṣādiq Ibn Muḥammad al-Bāqir Ibn ʿAlī Zayn al-ʿĀbidīn Ibn Ḥusayn Ibn ʿAlī Ibn Abī Ṭālib.Pembentukan keluarga ini di Hadramaut
dikenal pasti bermula daripada Aḥmad Ibn ʿĪsa yang
telah berpindah dari Iraq ke Hadramaut pada tahun 929M. Melalui perpindahan
ini, Aḥmad Ibn ʿĪsa digelar al-Muhājir bermaksud orang
yang berhijrah. Setelah dua abad kemudian, iaitu pada tahun 1127M, sebahagian
besar keluarga al-Muhājir yang diketuai oleh ʿAlī Ibn ʿAlawī telah berpindah ke bandar Tarīm, pusat utama di
wilayah Hadramaut.
Mereka mula berpengaruh di Mahyuddin Hj. Yahya, Sejarah orang Syed di Pahang (Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984), Lee-Warner, William H. "Notes on the
Hadhramaut." Geographical Journal 77, no. 3 (1931): 217-222. Mahayudin Hj. Yahya, “Latar
Belakang Sejarah Keturunan Sayyid di Malaysia” dalam Islam
di Alam Melayu (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998), Zayn Ibn Ibrāhim Sumayt, al-Manhaj al-Ṣāwī: Sharḥ Uṣūl Tarīqah
al-Sādah Āl Bā ʿAlawī (Yaman: Dār al-ʿIlm wa al-Daʿwah, 2005), Muḥammad Ḍiyā’ Shihāb,
al-Imām al-Muhājir Aḥmad Ibn ʿĪsā Ibn Muḥammad Ibn ʿAlī al-ʿUrayḍī Ibn Jaʿfar
al-Ṣādiq, Mālah wa li Naslih wa li A’immah min Aslāfih min al-Faḍā’il wa al-Ma’āthir
(Arab Saudi: Dār al-Shurūq, 1980),
Teori Kedatangan Golongan ʿAlawiyyīn di Nusantara: Suatu
Analisis Awal bandar ini sehingga mereka berjaya mewujudkan sebuah keluarga
besar yang dipanggil keluarga Sayyid ʿAlawiyyah (Bāʿlawī).
Seperti yang ditegaskan sebelum ini, daripada keturunan Aḥmad
Ibn ʿĪsa al-Muhājir ini, telah muncul ramai kalangan
para pendakwah dan alim ulama yang tersebar ke seluruh pelosok Nusantara.
Mereka terkenal sebagai para tokoh yang telah memberikan sumbangan besar
terhadap penyebaran agama Islam di Afrika Timur dan Selatan, India Selatan,
Filipina, Tanah Melayu dan Indonesia.
Menurut Najib Saleeby dalam bukunya Moro History, Law and
Religion mengatakan bahawa para pendakwah Islam di kepulauan Filipina berasal
usul dari keturunan Sayyid ʿAlawī Ibn Muḥammad Ibn ʿAlawī Ibn ʿAbd Allah Ibn al-Muhājir
Aḥmad Ibn ʿĪsa.52 Daripada keturunannya lahir ramai
tokoh-tokoh yang berkhidmat untuk Islam sehingga nama-nama mereka memenuhi
kitab-kitab mengenai perjalanan hidup seseorang tokoh (al-tarjumah) mahupun
karya-karya mengenai kisah pelayaran (al-asfār).
Antaranya termasuklah tokoh ulama di Jawa yang terkenal
dengan panggilan Wali Sembilan. Sebahagian besar mereka memiliki susur galur
keturunan yang sampai kepada al-Muhājir Aḥmad Ibn ʿĪsa.
Sebagai contoh, Wali Sembilan yang pertama adalah Mālik Ibrāhim Ibn Barakāt
Zayn al-ʿĀlam Ibn Jamāl al-Dīn al-Ḥusayn Ibn Aḥmad Shah
Jalāl Ibn ʿAbd Allah Ibn ʿAbd
al-Mālik Ibn ʿAlawī Ibn Muḥammad Ibn ʿAlī
Ibn ʿAlawī Ibn Muḥammad Ibn ʿAlawī
Ibn ʿAbd Allah Ibn al-Muhājir Aḥmad Ibn ʿĪsa.
Tokoh yang kedua daripada Wali Sembilan dikenali sebagai Sunan
Ampel yang merupakan sepupu kepada Mаlik Ibrahim.
Beliau adalah Ahmad Raḥmatullah Ibn Ibrāhīm Ibn Jamāl al-Dīn al-Ḥusayn Ibn Aḥmad
Shāh Jalāl Ibn ʿAbd Allah Ibn ʿAbd
al-Mālik Ibn ʿAlawī Ibn Muḥammad Ibn ʿAlī
Ibn ʿAlawī Ibn Muḥammad Ibn ʿAlawī
Ibn ʿAbd Allah Ibn al-Muhājir Aḥmad Ibn ʿĪsa. Tiga orang daripada anak beliau. Mahayudin Hj. Yahya,
“Latar
Belakang Sejarah Keturunan Sayyid di Malaysia”,Najib Mitry Saleeby, Moro History, Law and Religion (London:
Forgotten Books, 2013), . Journal of Ifta and Islamic Heritage Vol. 2 No. 2 (2023)
60-84 juga termasuk dalam kalangan Wali Sembilan iaitu Ibrāhim
(digelar Sunan Bonang), Hāshim (digelar Sunan Darjat) dan Jaʿfar
al-Ṣādiq (digelar Sunan Qudus).
Saudara kandung kepada Aḥmad Raḥmatullah iaitu
Maulana Isḥāq yang dikenali sebagai Sunan Giri turut merupakan salah seorang
daripada tokoh Wali Sembilan.
MAZHAB ANUTAN ʿARAB ḤAḌRAMI
Bagi mengetahui bentuk ajaran Islam yang dibawa oleh golongan
berketurunan Rasulullah SAW ini ke bumi Nusantara, ia perlu dirujuk kepada
individu pertama kelompok ini yang berhijrah ke Hadramaut iaitu Aḥmad Ibn ʿĪsa al-Muhājir. Menurut al-Ḥabīb Zayn Ibn Sumayt,
keseluruhan keturunan Bāʿlawī adalah bermazhab Shāfiʿ dalam fiqah dan beraliran Ahli Sunah Waljamaah Ashāʿirah dalam akidah. Bahkan Aḥmad Ibn ʿĪsa
al-Muhājir telah memainkan peranan penting dalam menyebarkan Mazhab Shāfiʿī di Hadramaut sekitar tahun 340 Hijrah sebelum ia tersebar
ke seluruh Yaman.54
Golongan ʿArab Ḥaḍramī bukan sahaja
setakat menganut Mazhab Shāfiʿī, tetapi turut
berperanan dalam menghidupkan, menyebarkan dan memurnikan pendapat-pendapat
dalam mazhab. Ia terzahir menerusi sumbangan tokoh-tokoh seperti ʿAbd Allah Ibn ʿAbd al-Raḥmān Bāʿubayd (603H), al-Faqīh al-Muqaddam Muḥammad Ibn ʿAlī (653H), Muḥammad Ibn Saʿd Bā Shukayl
(700H), sekalian fuqaha Āl Bā Faḍl, Āl Bā Makhramah, Āl Bā Qushayr dan Āl
al-Saqqāf.
Menerusi karya Muḥammad Ibn Abū Bakr al-Shūlī yang
menjelaskan biografi mengenai keturunan ʿAlawiyyīn,
dapat difahami bahawa Aḥmad Ibn ʿĪsa al-Muhājir dan
keturunannya adalah merupakan golongan Ahli Sunah Waljamaah dan bermazhab Shāfiʿ Ini selari dengan apa yang menjadi pegangan para ulama
dan pendakwah mereka yang tersebar di India, Afrika, Nusantara secara umum,
Indonesia secara khusus dan kepulauan Jawa secara lebih khusus. Ia terserlah
menerusi;
Muḥammad Ḍiyā’ Shihāb, al-Imām
al-Muhājir Aḥmad Ibn ʿĪsa, 180-185.
Zayn Ibn Ibrāhim Sumayt, al-Manhaj al-Ṣāwī, 26-27. Ibid. Muḥammad Ibn Abū Bakr al-Shūlī, al-Mashraʿ al-Rāwiy fī Manāqib
al-Sādah al-Kirām Āl Abī ʿAlawī (t.tp.: al-Matbaʿah al-‘Amirah al-Sharafiyyah, 1319H), 1: 32-33. Teori Kedatangan Golongan ʿAlawiyyīn di Nusantara: Suatu
Analisis Awal dakwah Wali Sembilan yang jelas berpegang kepada fahaman Sunnī-
Shāfi.
Malahan jika ditelusuri sejarah awal yang mendorong Aḥmad Ibn
ʿĪsa al-Muhājir berhijrah ke Yaman, ia menzahirkan
kesungguhan beliau dalam memelihara kesucian akidah Ahli Sunah Waljamaah yang
menjadi pegangan diri dan ahli keluarganya. Ini kerana, punca utama perpindahan
beliau adalah disebabkan suasana di Iraq pada waktu itu yang semakin dikuasai
oleh golongan ahl bidʿah iaitu Syiah Qarāmiṭah dan kumpulan Zanj. Justeru,
pada tahun 317 Hijrah beliau mengambil pendirian untuk keluar dari Baṣrah
menuju ke Ḥijāz bersama tujuh puluh orang ahli keluarga dan pengikutnya. Beliau
menetap sebentar di Makkah dan kemudiannya meneruskan perjalanan hingga sampai
ke Hadramaut. Sewaktu tiba di Hadramaut, kebanyakan daerah di sana Muḥammad Ḍiyā’ Shihāb, al-Imām
al-Muhājir Aḥmad Ibn ʿĪsa, Qarāmiṭah adalah gerakan kebatinan yang merosakkan Islam.
Ia disandarkan kepada individu bernama Hamdan Ibn al-Ashʿath
dan digelar sebagai Qurmut kerana tubuh dan betisnya yang pendek. Dia berasal
dari Khuzastan di Ahwaz, kemudian berpindah ke Kufah. Gerakan ini berpegang
kepada organisasi tentera rahsia, zahirnya kelihatan mengikuti Ahl al-Bayt dan
bersandar kepada Muḥammad Ibn Ismāʿīl Ibn Jaʿfar
al-Sadiq, tetapi hakikatnya adalah menolak tuhan, mengharuskan segala perkara,
meruntuhkan akhlak dan menghapuskan negara Islam.
Lihat al-Nadwah al-ʿAlamiyyah li al-Shabāb al-Islāmī, al-Mawsūʿah al-Muyassarah
fī al-Adyān wa al-Madhāhib wa al-Ahdhāb al-Muʿāsarah (Riyād: Dār al-Nadwah al-ʿĀlamiyyah,
1420H). Aḥmad Ibn ʿĪsa al-Muhājir dikatakan
telah berhijrah keluar dari Basrah ketika golongan Qaramitah mula mengancam
Basrah pada awal kurun ke empat hijrah. Beliau kemudiannya menuju ke Madinah
dan seterusnya ke Mekah iaitu pada tahun yang sama golongan Qarāmiṭah telah
mencuri Ḥajar al-Aswād. Lihat Sumayt, al-Manhaj al-Ṣāwī,
Kumpulan Zanj adalah golongan yang telah melakukan
pemberontakan secara besar-besaran pada zaman kerajaan ʿAbbasiyyah
selama empat belas tahun. Ia bermula semasa pemerintahan Khalifah al-Muhtadi
pada tahun 255H dan bertambah kritikal pada zaman Khalifah al-Muʿtamad. Ketua pemberontakan ini adalah seorang lelaki yang
mendakwa dirinya berketurunan ʿAlawiyyin, dikenali sebagai ʿAli
Ibn Muḥammad. Pada awal pemberontakannya di Bahrayn dia turut mengaku sebagai
nabi dan mengetahui perkara ghaib. Gerakan ini telah berjaya menguasai selatan
Iraq termasuk Basrah, Ahwaz, ʿAbdan, Ablah dan Wasit
antara tahun 255H-261H. Beliau akhirnya dibunuh setelah berjaya ditawan oleh
Khalifah al-Muwaffaq pada tahun 270H.
Lihat Muḥammad Ibn Jarīr al-Ṭabarī, Tārīkh
al-Ṭabarī (Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah, t.t), 2:
99-100, 5: 441-444; ʿAlī Ibn Muḥammad Ibn al-Athīr, al-Kāmil
fī al-Tārīkh (Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah,
1415H), 6: 206-212.
berada di bawah pengaruh aliran Khawārij iaitu Ibāḍiyyah60.
Namun, dengan hikmah dan kebijaksanaan menyampaikan dakwah, beliau berhasil
menukarkan anutan asal penduduk tempatan kepada pegangan Ahli Sunah Waljamaah.
Menurut catatan sejarah, Mazhab Ibāḍī terhapus keseluruhannya di Hadramaut pada
tahun 690 Hijrah dengan pusat terakhirnya terletak di bandar Shibam.
Ini bermakna, sejak dahulu lagi golongan ʿAlawiyyīn adalah
penganut Ahli Sunah Waljamaah. Menurut Ahmad Haydar Baharun, ajaran Sunni empat
mazhab yang disebarkan oleh para habaib dan kiyai di Indonesia memiliki sanad
yang bersambung dengan para pengasas Mazhab, tābiʿ al-tābiʿn, tabiʿīn dan para
sahabat. Mereka menerima akidah Ahli Sunah Waljamaah tersebut secara
bersambung-sambung hingga sampai kepada keturunan asal mereka iaitu Rasulullah
SAW.62 Ia seperti yang ditegaskan juga oleh al-Habib ʿAydrūs
Ibn ʿUmar al-Ḥabshī bahawa ʿAlawiyyīn yang berasal dari
Hadramaut seluruhnya adalah penganut Ahli Sunah Waljamaah, aliran Ashāʿirah dari
sudut akidah dan aliran Shāfiʿī dari sudut mazhab fiqh. Sebagai contoh, antara tokoh ulama Bāʿlawī
yang terkenal adalah al-Ḥabīb ʿAbd Allah Ibn ʿAlawī al-Ḥaddād. Ketika menjelaskan tentang pegangan Bāʿlawī, beliau mengatakan:
“Tarekat kami, jika dilihat dari garis besarnya tidak memerlukan
keterangan yang panjang, kerana hakikat Ibāḍiyyah merupakan pecahan daripada kelompok Khawarij. Ia
disandarkan kepada pengasasnya iaitu ʿAbd Allah Ibn Ibāḍ
al-Tamīmī. Para penganutnya mendakwa mereka bukan daripada golongan Khawarij.
Hakikatnya, mereka bukan terdiri daripada golongan Khawarij yang ekstrem
seperti Azāriqah, namun begitu terdapat beberapa doktrin mereka yang menyamai
doktrin Khawarij seperti dalam isu menafikan (taʿṭīl) sifat (Allah SWT),
mengatakan al-Quran sebagai makhluk dan mengharuskan pemberontakan ke atas
pemerintah yang zalim.
Lihat Nadwah al-ʿAlamiyyah li
al-Shabāb al-Islāmī, al-Mawsūʿah al-Muyassarah, Zayn Ibn Ibrāhim Sumayt, al-Manhaj al-Ṣāwī, Ahmad Haydar Baharun, Madzhab Para Habaib dan Akar
Tradisinya (Jawa Timur: Pustaka Basma, 2013), 39-40. Aydrūs Ibn ʿUmar
al-Ḥabshī, (1317H), ʿIqd al-Yawāqīt al-Jawhariyyah wa Ṣimt al-ʿAyn
al-Dhahabiyyah bi Zikr Tarīq al-Sādat al-ʿAlawiyyah (t.tp.: al-Maṭbaʿah al-‘Amīrah al-Sharafiyyah,
1317H), 1: 32.
Teori Kedatangan Golongan ʿAlawiyyīn di Nusantara: Suatu
Analisis Awal tarekat kami mengikuti tuntutan al-Quran dan al-Sunnah serta
mengikuti jejak para al-salaf al-ṣāliḥ, bukan yang lain. Tarekat kami adalah
tarekat yang dijalani oleh al-Imām Ḥasan al-Baṣrī dan para salaf terdahulu
sepertinya.”
Selain itu, al-Ḥabīb ʿAbd Allah Ibn ʿAlawī al-Ḥaddād menerangkan lebih jelas lagi tentang Tarekat
Bāʿlawī:
“Mazhab kami adalah mengikuti tuntutan al-Quran dan al-Sunnah
dan mengikuti jejak kaum al-salaf al-ṣāliḥ dalam segala bidangnya. Kami tidak
mengikuti tuntutan kecuali tuntutan Allah SWT, tuntutan Rasul-Nya dan jejak
al-Faqīh al-Muqaddam dan tarekat orang-orang yang menuju kepada Allah SWT dan
kami tidak memerlukan tarekat selain tarekat ini. Para pendahulu keluarga Bāʿlawī telah menetapkan sejumlah petunjuk bagi kami, kerana
itu kami tidak akan mengikuti petunjuk lain yang bertentangan dengan petunjuk
mereka.”65
Di samping itu, antara amalan yang ditinggalkan oleh al-Ḥabīb
ʿAbd Allah Ibn ʿAlawī al-Ḥaddād
termasuklah Rāṭib al-Ḥaddād. Menurut ʿAbd al-Qādir
al-Saqqāf, pembacaan rāṭib merupakan kewajipan tersendiri bagi para keturunan ʿAlawiyyīn
sebagai benteng akidah dan pengikat tradisi yang telah dilakukan oleh para
salaf sebelumnya. ʿAbd al-Qādir menjelaskan pada
asalnya Rāṭib al-Ḥaddād disusun atas permintaan dari penduduk Hadramaut apabila
mereka mendengar berita tentang kedatangan golongan Zaydiyyah pada tahun 1071H.
Oleh itu, Rāṭib al-Ḥaddād disusun sebagai benteng demi memelihara pegangan
akidah Ahli Sunah Waljamaah.66
Yunus Ali al-Muhdhor, Mengenal Lebih Dekat al-Habib
Abdullah bin Alawi al-Haddad (Surabaya: Cahaya Ilmu, 2010), Abd Allah Ibn Aḥmad Bā Sudān, Dhakhīrah
al-Maʿād bī Sharḥ Rāṭib al-Ḥaddād (Mesir: al-Bayān al-ʿArabiy,
1960), Journal of Ifta and Islamic Heritage Vol. 2 No. 2 (2023)
60-84
KESIMPULAN
Oleh hal yang demikian, dapat disimpulkan bahawa majoriti
keturunan ʿAlawiyyīn yang berada di Nusantara adalah berakidah Ashaʿirah dan
bermazhab Shāfiʿī. Perbahasan di atas juga merumuskan versi Islam yang dibawa
oleh para pendakwah Arab berketurunan Rasulullah SAW ke Nusantara tidak lain
kecuali ajaran-ajaran yang bertunjangkan akidah Ahli Sunah Waljamaah. Begitu
juga teori yang mengatakan para pendakwah menyebarkan Islam berketurunan sayyid
atau syarif yang dikenali sebagai ʿAlawiyyīn yang berasal dari Hadramaut di
Yaman itu merupakan penganut Ahli Sunah Waljamaah.
RUJUKAN;
Ṣubḥi Rajab Maḥmaṣānī, Falsafah al-Tashrīʿ fī al-Islām (Beirut: Dār al-ʿIlm li al-Malayin, 1961), 36.
Journal of Ifta and Islamic Heritage Vol. 2 No. 2 (2023) 60-84 -71
A. Hasjmy, Sejarah masuk dan Berkembangnya Islam di Indonesia.
Acheh: P.T. al-Maʿarif, 1981.
ʿAbd Allah Ibn Aḥmad Bā Sudān, Dhakhīrah al-Maʿād bī Sharḥ Rāṭib
al-Ḥaddād. Mesir: al-Bayān al-ʿArabiy, 1960.
Abdullah Hj Ishak, "Kedah Dahului Melaka Terima
Islam", Al-Islam, jld. 15, no. 10, 1988.
Abdullah Ishak, Islam di Nusantara. Kuala Lumpur: Badan
Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia, al-Rahmaniah, 1990.
Ahmad Haydar Baharun, Madzhab Para Habaib dan Akar Tradisinya.
Jawa Timur: Pustaka Basma, 2013.
Al-Ṭabarānī, Sulaymān Ibn Aḥmad, al-Muʿjam al-Kabīr. Mūṣil:
Maktabah al-ʿUlūm wa al-Ḥikam, 1983.
Alwi bin Tahir al-Haddad, Sejarah Masuknya Islam diTimur Jauh,
terj. S. Muhammad Dhiya Syahab. Jakarta: Penerbit Lantera, 1997.
Arnold, Thomas Walker, The Preaching of Islam: A History of
The Propogation of Muslim Faith. Pakistan: Sh. Muhd Ashraf Kashmiri Bazar
Lahore, 1979.
ʿAydrūs Ibn ʿUmar al-Ḥabshī, ʿIqd
al-Yawāqīt al-Jawhariyyah wa Ṣimt al-ʿAyn al-Dhahabiyyah bi Zikr Ṭarīq al-Sādat
al-ʿAlawiyyah. t.tp.: al-Matbaʿah al-ʿAmīrah
al-Sharafiyyah, 1317H.
B. Schricke, Indonesian Sociological Studies. The Hague and
Bandung: W. Van Hoeve Ltd., 1957.
Bukhari al-Jauhari, Taj Us-Salatin, ed. Khalid Hussain. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1966.
Teori Kedatangan Golongan ʿAlawiyyīn di Nusantara: Suatu
Analisis Awal
82
Dada Meuraxa, Sejarah Masuknya Islam ke Bandar Barus Sumatera
Utara. Medan: Penerbit Sasterawan, 1973.
Al-Dhahabī, Shams al-Dīn, al-Muntaqā min Minhāj al-Iʿtidāl fi
Naqd Kalām Ahl al-Rafḍ wa al-Iʿtizāl. Riyāḍ: al-Ri’āsah
al-ʿĀmmah li Idārah al-Buḥūth al-ʿIlmiyyah
wa al-Iftā’ wa al-Daʿwah wa al-Irshād,
1993.
Hall, Daniel George Edward, A History of South-East Asia. New
York: St Martin's Press, 1968.
Hamdan Hassan, "Pertalian Pemikiran Islam Malaysia-Aceh,
dalam Tamadun Islam di Malaysia, ed. Khoo, Kay Kim, Fadzil Othman, Abdullah
Zakaria Ghazali, Amat Adam, Nik Abdul Aziz Nik Hassan, Jazamuddin Baharuddin,
Khozimi. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 1980.
Hamka, "Pengaruh Islam Dalam Sastera Melayu", dalam
Islam dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan Malaysia, 1977.
Hamka, Sejarah Umat Islam. Singapura: Pustaka Nasional, 1997.
Ibn al-Athīr, ʿAlī Ibn Muḥammad, al-Kāmil
fī al-Tārikh. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah, 1415H.
Ibn Baṭṭūṭah, Muḥammad Ibn ʿAbd Allāh
al-Lawātī al-Ṭanjī, Tuḥfat al-nuẓẓār fī gharāʾib al-amṣār wa-ʻajāʾib al-asfār
(Riḥlat Ibn Baṭūṭah). Beirut: Muassasah Risalah, 1405H.
Ibn Kathīr, Abū al-Fida’, al-Bidāyah
wa al-Nihāyah. Beirut: Maktabah al-Maʿārif, t.t.
Ibn Maʿīn, Abū Zakariyyā Yaḥya, Tārīkh
Ibn Maʿīn (Riwāyah al-Dūrī). Makkah: Markaz al-Baḥth al-ʿIlmī
wa Ihyā’ al-Turāth al-Islamī, 1979.
J. C. Van Leur, Indonesia Trade and Society. Bandung: W. Van
Hoeve, 1955.
John Crawford, History of the Indian Archipelago. United
States: Harvard University Press, 1967.
Lee-Warner, William H. "Notes on the Hadhramaut."
Geographical Journal 77, no. 3 (1931): 217-222.
Mahayudin Hj. Yahya, Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998.
Mahyuddin Hj. Yahya, Sejarah orang Syed di Pahang. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984.
Journal of Ifta and Islamic Heritage Vol. 2 No. 2 (2023)
60-84
83
Martin, Bradford G. "Arab migrations to East Africa in
medieval times." The International Journal of African Historical Studies 7,
no. 3 (1974): 367-390.
Mohd Mokhtar bin Shafii, "Batu Nesan Kurun ke-5H/10M di
Pekan Pahang", dalam Tamadun Islam di Malaysia, ed. Khoo, Kay Kim, Fadzil
Othman, Abdullah Zakaria Ghazali, Amat Adam, Nik Abdul Aziz Nik Hassan,
Jazamuddin Baharuddin, Khozimi. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 1980.
Mohd Nor Ngah, Kitab Jawi: Islamic Thought of the Malay
Scholars. Singapore: Institute of Southeast Studies, 1983.
Muḥammad Diya’ Shihab, al-Imām al-Muhājir
Aḥmad Ibn ʿĪsā Ibn Muḥammad Ibn ʿAlī al-ʿUrayḍī Ibn Jaʿfar al-Ṣādiq, Mālah wa
li Naslih wa li A’immah min Aslāfih min al-Faḍā’il wa al-Ma’āthir. Arab Saudi:
Dār al-Shurūq, 1980.
Muhammad Zayn Faqih Jalal al-Din al-Ashi, Bidayah al-Hidayah.
Pulau Pinang: Maktabah wa Matba'a al-Ma'arif, t.t.
Najib Mitry Saleeby, Moro History, Law and Religion. London:
Forgotten Books, 2013.
Al-Nadwah al-ʿAlamiyyah li al-Shabāb
al-Islamī, __________al-Mawsūʿah al-Muyassarah fī al-Adyān wa al-Madhāhib wa
al-Ahdhāb al-Muʿāsarah. Riyād: Dār al-Nadwah al-ʿĀlamiyyah, 1420H.
Al-Nuwayrī, Aḥmad Ibn ʿAbd al-Wahhāb,
Nihāyah al-Arab fī Funūn al-‘Adab. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah,
2004.
Nik Abdul Aziz Nik Hassan, Islam di Kelantan. Kuala Lumpur:
Persatuan Sejarah Malaysia, 1983.
Noryati Abdul Samad, “The Hadhrami
Arabs in Southeast Asia: An Introduction” dalam The
Hadhrami Arabs in Southeast Asia With Special Reference to Singapore: An
Annotated Bibliography. Singapore National Library Board, 2010.
Omar Awang, "The Umm al-Barahin of al-Sanusi", Jurnal
Nusantara, bil. 2 (Julai 1972), 157-168.
Sa'ad Shukri, Hj. Muda, Detik-detik Sejarah Kelantan. Kota
Bharu: Pustaka Aman, 1971.
Al-Ṣallābī, ʿAlī Muḥammad, al-Dawlah
al-Umawiyyah: ʿAwāmil al-Izdihār wa Tadāʿiyat al-Inhiyār. Beirut: Dār al-Maʿrifah, 2008.
Al-Shalabī, Aḥmad, Mausūʿah al-Tārīkh al-Islāmī wa al-Haḍārah
al-Islāmiyyah. Kaherah: Maktabah al-Nahḍah al-ʿArabiyyah,
1996.
Teori Kedatangan Golongan ʿAlawiyyīn di Nusantara: Suatu
Analisis Awal
84
Al-Shūlī, Muḥammad Ibn Abū Bakr, al-Mashraʿ al-Rāwiy fī Manāqib
al-Sādah al-Kirām Āl Abī ʿAlawī. t.tp.: al-Matbaʿah al-‘Amirah al-Sharafiyyah, 1319H.
Snouck Hurgronje, Mekka in the Letter Part of The 19th
Century. Leiden: E.J. Brill, 1970.
Ṣubḥi Rajab Maḥmaṣānī, Falsafah al-Tashrīʿ fī al-Islām.
Beirut: Dār al-ʿIlm li al-Malayin, 1961.
Syed Muhammad Naquib al-Attas, Historical Fact and Fiction.
Johor Bahru: UTM Press, 2012.
Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam Dalam Sejarah dan
Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia, 1990.
Syed Muhammad Naquib al-Attas, Preliminary Statement on A
General Theory of the Islamication of the Malay-Indonesian Archipelago. Kuala
Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka, 1969.
Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Oldest Known Malay
Manuscript: A Century of the 'Aqaid of Al-Nasafi. Kuala Lumpur: Jabatan
Penerbitan, Universiti Malaya, 1988.
Al-Ṭabarī, Muḥammad Ibn Jarīr, Tārīkh al-Ṭabarī. Beirut: Dār
al-Kutub al-ʿIlmiyyah, t.t.
Tibbetts, Gerald Randall. "Early Muslim traders in
south-east Asia." Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic
Society 30, no. 1 (177 (1957): 1-45.
Uthman bin Yabya al-Betawi, Ini Kitab Sifat Dua Puluh. Pulau
Pinang: Dar al-Ma'arif, t.t.
Wan Hussien Azmi, "Islam di Malaysia: Kedatangan dan
Perkembangan (Abad 7-10M)" dalam Tamadun Islam di Malaysia, ed. Khoo, Kay
Kim, Fadzil Othman, Abdullah Zakaria Ghazali, Amat Adam, Nik Abdul Aziz Nik
Hassan, Jazamuddin Baharuddin, Khozimi. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah
Malaysia, 1980.
Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali, "Asal-Usul, Pengaruh dan
Kesan Aliran al-Ash'ari dan Asya'irah di Malaysia dan Kepulauan Melayu",
dalam Malaysia Dari Segi Sejarah. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia,
1994.
Yunus Ali al-Muhdhor, Mengenal Lebih Dekat al-Habib Abdullah
bin Alawi al-Haddad. Surabaya: Cahaya Ilmu, 2010.
Zayn Ibn Ibrahim Sumayt, al-Manhaj al-Ṣāwī: Sharḥ Uṣūl Ṭarīqah
al-Sādah Āl Bāʿlawī. Yaman: Dār al-ʿIlm wa al-Daʿwah, 2005
No comments:
Post a Comment