Baiknya Rasulullah SAW dengan kanak-kanak.
Rasulullah SAW Kasihkan Kanak Kanak Rasulullah dikenali sebagai seorang yang lembut dan penyayang terutamanya kepada kanak-kanak. Baginda sering bermain dengan kanak-kanak, memeluk dan menunjukkan kasih sayang terhadap mereka. Baginda tidak sekali-kali menunjukkan tanda-tanda kasar atau berkasar terhadap mereka. Rasulullah SAW merupakan insan terbaik pilihan Allah SWT, seperti yang diriwayatkan oleh ummul mukminin Aisyah r.a. bahawa akhlak baginda adalah al-Quran. Baginda berhati mulia dan lemah lembut pekertinya terutama kepada kanak-kanak. Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW sedang melaksanakan solat, cucu baginda, Hasan dan Husain memanjat ke atas bahu baginda dan bermain-main di sekitar baginda. Selepas solat, baginda tidak terus memarahi dan menyalahkan mereka, kerana baginda tahu bahawa kanak-kanak akan takut dan akan menjauhi orang yang memarahi dan kelak susah menerima nasihat. Justeru, ...